Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2014, Peringkat Negeri Pulau Pinang

Cetak PDF

Seramai 645 orang pelajar sekolah rendah daripada keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan Kepala Batas, Pulau Pinang telah menerima bantuan persekolahan sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan peringkat Negeri Pulau Pinang kawasan Kepala Batas yang telah diadakan pada 1 Mac 2014 di Dewan Seri Perdana, SMK Dato’ Kailan, Paya Keladi, Kepala Batas. Program yang dianjurkan oleh Yayasan Taqwa (MAIWP) dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Roslan Saidin, ADUN Pinang Tunggal yang mewakili YB Dato’ Seri Reezal Merican Bin Naina Merican, Ahli Parlimen Kepala Batas. Turut hadir menyerikan majlis, Pengurus Besar Yayasan Taqwa (MAIWP), Y.Bhg. Tuan Haji Zabidi Bin Nasan, dan  Y.Bhg. Encik Mohamad Muzaidee Bin Mohammed Ali, Pengerusi GPMS Pulau Pinang, Bagi Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan Peringkat Negeri Pulau Pinang pada kali ini, Yayasan Taqwa (MAIWP) telah menyumbangkan sumbangan berbentuk set pakaian dan peralatan persekolahan  kepada setiap pelajar. Sumbangan ini diberikan bagi memastikan pelajar-pelajar tersebut belajar dalam keadaan yang lebih selesa dengan pakaian baru. Selain itu juga, ia juga bagi membantu pelajar-pelajar berkenaan berjaya di alam persekolahan dan menjadi insan yang berguna pada masa hadapan kelak bagi membantu keluarga mereka keluar dari kepompong kemiskinan. 

 

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12

13