Error
  • [sigplus] Critical error: Image gallery folder 2014/program-picture/28-feb-2-mac-2014/majlis-perasmian is expected to be a path relative to the image base folder specified in the back-end.

Program Bengkel Pemantapan Akidah Dan Sahsiah Belia Islam

Cetak PDF

[sigplus] Critical error: Image gallery folder 2014/program-picture/28-feb-2-mac-2014/majlis-perasmian is expected to be a path relative to the image base folder specified in the back-end.

 

Remaja/Belia merupakan aset yang paling bernilai bagi sesebuah negara, jatuh bangunnya sesebuah negara itu pada masa hadapan bergantung kepada remaja/belia dalam sesebuah negara tersebut. Menyedari hakikat ni, Yayasan Taqwa bersama-sama dengan Majlis Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Daerah Parit/Seri Iskandar telah berjaya mengadakan satu program yang dinamakan Bengkel Pemantapan Akidah dan Pembangunan Sahsiah Belia Islam pada 28 Februari sehingga 2 Mac lalu bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Tronoh, Perak. Bengkel ini juga mendapat kerjasama penuh dari MAPIM Negeri Perak , Jabatan Agama Islam Perak dan Kerajaan Negeri Perak.

 

Antara tujuan utama program ini dilaksanakan adalah bagi memberi pendedahan kepada golongan belia/beliawanis akan ancaman-ancaman khususnya berkenaan dengan Akidah Islamiyyah terhadap negara. Perlu disedari bahawa sekiranya ancaman-ancaman ini tidak ditangani dengan segera secara bijaksana, tidak mustahil bumi Malaysia yang tercinta ini akan lenyap dari peta dunia satu masa nanti. Dalam bengkel ini, pelbagai slot tengah diketengahkan iaitu meliputi isu ancaman Syiah, Ancaman Pluralisme, dan ancaman-ancaman lain terhadap Agama, Bangsa dan Negara. Penceramah-penceramah juga dijemput khas dari mereka yang berpengalaman bagi memberikan pendedahan yang sepatutnya kepada belia-beliawanis ini.

 

Bengkel Pemantapan Akidah dan Pembangunan Belia Islam ini telah disempurnakan perasmian pembukaan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Zaim Bin Haji Abu Hassan, Ahli Parlimen Parit sementara majlis penutup telah dirasmikan oleh YB. Drs Mohd Nizar Bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan Koperasi merangkap ADUN Belanja. Adalah diharapkan program seumpama ini dapat memberikan input-input yang benar-benar berguna kepada belia-beliawanis bagi menghadapi pelbagai ancaman-ancaman ini seterusnya dapat membantu negara melahirkan modal insane yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara.

 

MAJLIS PERASMIAN BENGKEL PEMANTAPAN AKIDAH DAN SAHSIAH BELIA ISLAM

Klik pada gambar{gallery}/2014/program-picture/28-feb-2-mac-2014/majlis-perasmian{/gallery}

 

AKTIVITI SEPANJANG BENGKEL PEMANTAPAN AKIDAH DAN SAHSIAH BELIA ISLAM

Klik pada gambar{gallery}/2014/program-picture/28-feb-2-mac-2014/aktiviti{/gallery}

 

MAJLIS PENUTUP BENGKEL PEMANTAPAN AKIDAH DAN SAHSIAH BELIA ISLAM

Klik pada gambar{gallery}/2014/program-picture/28-feb-2-mac-2014/majlis-penutup{/gallery}