Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2014, peringkat Negeri Sembilan

Cetak PDF
DSC_4995E
Gimik Penyampaian sumbangan persekolahan disampaikan oleh YTM 
Dato' Haji Musa Bin Wahab, Dato' Undang Luak Jelebu serta diiringi 
oleh Tuan Haji Zabidi Bin Nasan, Pengurus Besar Yayasan Taqwa

 

 

Pada 15 Mac 2014, Yayasan Taqwa (MAIWP) dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PPPIM), Yayasan Generasi Muda dan Pejabat Pelajaran Daerah Jelebu telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan sesi 2014, peringkat Negeri Sembilan, Kawasan Jelebu kepada pelajar-pelajar sekolah rendah. Majlis sumbangan ini telah diadakan bertempat di Balai Undang Luak Jelebu, Jelebu, Negeri Sembilan. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Yang Teramat Mulia Dato’ Haji Musa Bin Wahab, Dato’ Undang Luak Jelebu, Negeri Sembilan yang berbesar hati untuk hadir dan merasmikan majlis tersebut. Turut hadir, Pengurus Besar Yayasan Taqwa (MAIWP), Hj. Zabidi Bin Nasan, Ybhg. Puan Rodiah Binti Mohd Jan, Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu, Ybhg. Dato’ Mohamad Faizal Bin YTM Dato’ Hj. Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Generasi Muda yang menyaksikan penyerahan sumbangan berupa set pakaian dan peralatan persekolahan kepada seramai 642 orang pelajar. Di dalam ucapannya, Dato’ Haji Musa Bin Wahab turut mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah diatas kerjasama yang diberikan oleh agensi-agensi yang terlibat bagi membolehkan majlis tersebut berjalan lancar. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi galakan dan dorongan serta membantu pelajar-pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan mendapat pendidikan yang sempurna dan lebih baik dari masa ke semasa.

 

 

2 3 4
5 6 7
8   9   10
11 12