Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2014, peringkat Negeri Sembilan, Daerah Rembau

Cetak PDF
11

Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2014, Peringkat Negeri Sembilan, Daerah Rembau pada kali ini telah diadakan pada 31 Mac 2014 bertempat di dewan pejabat pelajaran daerah rembau, negeri sembilan  anjuran Yayasan Taqwa (MAIWP) dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia(PPPIM), Pejabat Pelajaran Daerah Rembau. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan, Pengurus Besar Yayasan Taqwa (MAIWP), Hj. Zabidi Bin Nasan dan beliau seterusnya menyampaikan sumbangan kepada seramai 643 orang pelajar sekolah rendah. Pelajar-pelajar ini menerima sumbangan berbentuk set pakaian dan peralatan. Hadir sama pada majlis tersebut adalah YB Dato' Dr. Awaludin Bin Said, YG Dipertua Dewan Undangan Negeri, YB Dato' Zaifulbahri Bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Di dalam ucapannya, YB Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan bahawa sumbangan yang diberikan ini adalah bagi meringankan beban keluarga pelajar yang kurang berkemampuan dalam menjalani sesi persekolahan. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Persatuan Pendidikan Pelajar-pelajar Islam Malaysia, Pejabat Pelajaran Daerah Rembau diatas kerjasama yang diberikan bagi membolehkan majlis tersebut berjalan lancar.

 

 

1 2 3
4 5 6
7 8 10