Cetak PDF

Majlis Pelancaran Program Salam Iftar Kasih Ramadhan

 

23 JUN 2014 - Satu Majlis Pelancaran Program Salam Iftar Kasih Ramadhan yang berlangsung di Restoran Ar-Raswsha, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Majlis  Pelancaran tersebut  dirasmikan oleh Dato’ Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM.Turut hadir  didalam majlis tersebut daripada NGO yang terlibat ialah Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan-MAIWP, Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU),Islamic Aid Malaysia, Salam FM dan JAKIM.

Y.Bhg. Tuan Haji Zabidi Bin Nasan, Pengurus Besar Yayasan Taqwa turut menerima sticker logo salam iftar sebagai  simbolik pelancaran dan kerjasama diantara agensi yang berkaitan.

Program salam iftar ini merupakan program berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan pelajar-pelajar Maahad tahfiz yang terpilih dinegeri selangor dengan kerjasama JAKIM, Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU), Islamic  Aid Malaysia, Yayasan Taqwa dan SalamFM. Program ini juga merupakan kesinambungan SALAM SAHUR pada tahun lepas iaitu program bersahur bersama pelajar-pelajar maahad tahfiz dan anak-anak yatim dengan kerjasama Salamfm iaitu dari Radio Malaysia JAKIM dan beberapa NGO yang lain.

Diantara lokasi yang dipilih ialah Rumah Anak Yatim Al Kausar, Maahad Tahfiz Lil Aytam, Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar- Rahmaniah dan Rumah Jagaan Nuri Setapak.


DSC_0013 DSC_0041
DSC_0024 DSC_0082