Cetak PDF

Sumbangan Peralatan Perubatan Untuk Kegunaan Pesakit-pesakit Miskin Di Hospital Ampang


Hospital Ampang  28 Jun 2014 –Unit Kebajikan Yayasan Taqwa  telah mengadakan satu majlis ringkas penyerahan peralatan perubatan untuk kegunaan pesakit-pesakit miskin yang disumbangankan oleh Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan-MAIWP kepada  Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Ampang.

Acara penyerahan peralatan tersebut disempurnakan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Zabidi Bin Nasan, Pengurus Besar Yayasan Taqwa kepada Y.Bhg. Tuan Roosli , Timbalan Pengrah Hospital Ampang. Peralatan yang disumbangkan ialah 15 unit Wheel Chair  Standard dan 5 unit Oxygen Concentrator. Dengan sumbangan tersebut pesakit-pesakit yang tidak berkemampuan dapat mengurangkan beban kos yang perlu ditanggung. Peralatan yang disumbangkan ini juga akan diserahkan kepada pesakit-pesakit untuk kegunaan mereka selepas discaj daripada wad.  



DSC_0036 DSC_0031 DSC_0021