Program Ihya’ Ramadhan dan Iftar Ramadhan Bersama Masyarakat orang Asli bagi tahun 2014

Cetak PDF

Bersempena ketibaan bulan Ramadhan dan Syawal pada tahun ini, Yayasan Taqwa (MAIWP) melalui Unit Dakwah & Tugas-tugas Khas telah merangka beberapa program mengimarahkan bulan yang mulia ini bersama dengan masyarakat Orang Asli terpilih. Program ini dinamakan Program Ihya’ Ramadhan dan Iftar Ramadhan Bersama Masyarakat orang Asli bagi tahun 2014. Pada kali ini, 3 buah negeri telah terpilih menerima sumbangan dari Yayasan Taqwa (MAIWP) yang melibatkan 600 orang penerima dan melibatkan sumbangan hampir RM160,000.00.

 

Pada 16 Julai 2014 yang lalu, bertempat di Pos Pantos, Lipis, Pahang seramai hampir 700 orang penduduk telah  terlibat dengan program ini dan seramai 200 orang Ketua Isi Rumah telah menerima sumbangan masing-masing dari pihak Yayasan Taqwa. Program yang berlangsung di Pos Pantos ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Hj Razali Bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan JAKIM. Hadir sama dalam Majlis ini Y.Bhg Dato’ Haji Ghazali Bin Abd Aziz, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang , Al-Fadhil Ust Mohd Fadzli bin Mat Saman, Tuan Kadi Daerah Lipis dan Ust Mohd Hasimi B Mahmud Ketua Unit Dakwah dan Tugas-tugas Khas Yayasan Taqwa (MAIWP)

 

Pada 17 Julai pula, Yayasan Taqwa (MAIWP) telah bertandang ke Negeri Johor untuk menyampaikan bantuan seumpama ini kepada hampir 200 orang Ketua Isi Rumah Orang Asli. Program yang bertempat di Kampung Kudung, Segamat ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Tuan Haji Ramli Bin Jusoh, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Johor. Hadir sama Y.Bhg Tuan Haji Hashim Bin Salleh, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM, Ust Mohd Hasimi Bin Mahmud, mewakili pihak Yayasan Taqwa  dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

 

Manakala di Negeri Kelantan pula, Yayasan Taqwa telah menyampaikan sumbangan serupa dengan mengadakan program di Pusat Latihan & Dakwah Orang Asli (PULDOA) Kok Lanas, Ketereh, Kelantan. Di Kelantan juga melibatkan seramai 200 Ketua Isi Rumah Orang Asli menerima sumbangan hamper dan duit raya dari Yayasan Taqwa (MAIWP). Hadir merasmikan program di sini adalah Y.Bhg Dato’ Hj Razali B Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan JAKIM. Tuan Haji Zabidi B Nasan, Pengurus Besar Yayasan Taqwa (MAIWP) juga turut hadir bagi memeriahkan program yang berlangsung ini.

 

Antara pengisian program yang dijalankan di ketiga-tiga negeri adalah majlis pengislaman Orang Asli, ceramah agama, sembahyang terawih berjamaah dan lain-lain perisian kerohanian. Rata-rata penerima yang ditemui menyatakan kesyukuran di atas sumbangan yang diterima.


 

16 Julai 2014 bertempat di Pos Pantos, Lipis, Pahang

DSC_4444 DSC_4555
DSC_4580 DSC_4603

 

 

 

 

17 Julai 2014 bertempat di kampung Kudung, Segamat Johor

DSC_4633 DSC_4670 DSC_4673

 

 

 

 

18 Julai 2014 bertempat di Pusat Latihan & Dakwah Orang Asli (PULDOA) Kok Lanas, Ketereh, Kelantan

DSC_4785 DSC_4902 DSC_4972