Borang Bantuan AM Pelajaran 2017

Cetak PDF

BANTUAN AM PELAJARAN (BAP)

Bantuan Am Pelajaran (BAP) Yayasan Taqwa (MAIWP) ini merupakan bantuan yang dikhususkan kepada pelajar-pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di IPTA/IPTS tempatan (Malaysia) samada di peringkat Sijil, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana atau PhD dan tidak menerima mana-mana tajaan biasiswa atau pinjaman.

Bantuan ini diberikan bagi meringankan beban pelajar dan keluarga dalam urusan pembayaran yuran pengajian, pembelian buku-buku berkaitan dan sebagainya. Bantuan ini juga diberikan bagi menaikkan semangat para pelajar untuk terus menuntut ilmu agar dapat membangunkan diri, masyarakat dan agama ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati

SYARAT-SYARAT UMUM

1.Islam

2.Warganegara Malaysia /Bukan Warganegara

3.Menetap di LUAR WILAYAH PERSEKUTUAN

4.Permohonan ulangan hanya boleh dibuat selepas setahun dari tarikh terima bantuan permohonan sebelumnya.

SYARAT-SYARAT KHUSUS

1.TIDAK MENDAPAT TAJAAN BIASISWA/PINJAMAN dari mana-mana agensi/institusi (Seperti JPA, MARA, PTPTN dan lain-lain).

2.Pendapatan isi rumah pada paras kemiskinan (rujuk kadar JKM atau had kifayah MAIWP).

3.Telah mendaftar & disahkan sebagai pelajar dan sedang mengikuti pengajian diperingkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana atau PhD di IPTA/IPTS di MALAYSIA SAHAJA.

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan yang diberikan adalah berdasarkan peringkat pengajian pemohon seperti berikut :-

  • Diploma – RM700
  • Sarjana Muda – RM1,000
  • Sarjana/PhD – RM1,500

 

GARIS PANDUAN PERMOHONAN

Tarikh permohonan dibuka : 20 Februari 2017

Tarikh permohonan ditutup : 22 Mei 2017

Muat turun (download) borang BAP dibawah. Borang yang telah lengkap boleh dihantar ke alamat seperti berikut :

Unit Pendidikan,

Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (MAIWP),

Tingkat Bawah Lot 1,

Bangunan Th, 148 Jalan Ipoh,

51200 Kuala Lumpur



**Pemohon dinasihatkan untuk merujuk alamat Yayasan Taqwa (MAIWP) di laman web ini sebelum menghantar permohonan.

Sebarang perkembangan lanjut mengenai status permohonan akan dimaklumkan melalui email pemohon dalam masa sebulan daripada tarikh Yayasan Taqwa (MAIWP) menerima permohonan. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Bantuan Am Pelajaran (BAP) boleh menghubungi kami di talian 03-40414155 (En. Hafiz) atau di emelkan kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it  



Download Borang Bantuan AM Pelajaran 2017 <<--- Klik Pautan Download Borang