Pendidikan

PENDIDIKAN >> SUMBANGAN PERSEKOLAHAN

• Membolehkan pelajar mendapat sekurang-sekurangnya persediaan mental iaitu persiapan menghadapi sesi persekolahan pada tahun akan datang.

• Menyuntik semangat untuk terus belajar dari kalangan pelajar susah.

• Mengurangkan bebanan yang ditanggungoleh pihak penjaga anak-anak yatim dan miskin bagi persiapan mereka memasuki tahun baru persekolahan.

• Bagi menunjukkan sikap dan keprihatinan masyarakat terhadap golongan ini dan melahirkan masyarakat penyayang.

 


PENDIDIKAN >> BANTUAN AM PELAJARAN


• Sumbangan diutamakan kepada golongan yang kurang berkemampuan bagi meneruskan kursus yang boleh memberi manfaat untuk masa depan dan kerjaya yang akan diceburi

• Bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kepada golongan pelajar terutama yang hidup dalam kemiskinan untuk meneruskan pengajian


PENDIDIKAN >> MOTIVASI / SEMINAR AKADEMIK

• Sumbangan diberi kepada IPTA/S yang menjalankan sebarang bentuk pengisian program yang bermanfaat untuk pelajar-pelajar

• Bantuan ini menggalakkan pihak IPTA/S dan Sekolah (Rendah/Menengah) mengadakan program yang bermanfaat untuk pelajar-pelajar sebagai pengisian mereka dalam penambahan ilmu pengetahuan